feel so close...






a piece of piano
beautiful.

untuk satu fasa masa,persoalan hanyalah pemberat kepala yang menjengkelkan,kerana jawapan padahal tidak selalunya diperlukan,kerana ia bukan kunci yang membuka ruang ketenangan.kita hanya memerlukan deria rasa untuk terus berjalan.malangnya,rasa itu tidak dapat dikongsikan.kerana hanya yang merasa sahaja yang boleh mengagak kemana akhirnya pilihan yang bakal dituju.

sebab itu,ada orang main piano dengan menggunakan sheets.kerana dia percaya,yang sempurna adalah yang telah termaktub.tapi dia lupa yang termaktub itu pun,manusia juga yang sediakan,manusia yang bersifat dengan kelemahan.matanya dibutakan,seratus-peratus mesti begitu.tidak boleh ada beza walau sedikit pun.

ada pula yang bermain menggunakan deria.mudah baginya.dengar,rasa dan main.kerana dia tahu,manusia tak pernah sama.  dalam kamusnya tidak wujud kata-kata seperti 'ini adalah tepat,ini adalah tidak'.sambil tutup mata pun boleh bermain,jari jemari bergerak membawa mesej hati.satu persatu,tanpa sumbang.

key key yang ditekan,bukan semuanya merdu.kadangkala key rendah ditekan lama,kadangkala yang tinggi,itulah muzik bagi dia.jika selamanya tinggi,nescaya pecah lah gegendang telinga,hilanglah keindahan rasa.

deria rasa,adalah deria keenam,deria magis turun temurun yang tak boleh dikongsi.hanya dia yang faham.orang yang menonton kekaguman,ingin menurut jejak langkah,tapi tak mungkin dapat.sama juga dengan memasak,ada yang mesti menggunakan resipi.ada yang campak-campak jadi.kerana yang penuh rasa sahaja mengerti bagaimana semuanya saling melengkapi.

a piece of life
tears or cheers
beyond beautiful

tak tahu kenapa,dia pilih juga yang itu,padahal itu jauh dari apa yang dimimpikan selama ini.mungkin kerana bagi dia sudah ada satu kod etika pemilihan,yang tidak sempurna itu nampak lebih asli dan menenangkan.yang ada sedikit cacat itu lebih tahu merendah peribadi.

dia tidak risau,memandangkan semua orang mahu mencari sempurna,biarkan.serik nanti,tahulah mereka.dia sambung berehat sandar di kerusi plastik,sambil goyang kaki dan menghisap air barley sejuk;

manusia memang tamak.
zaman berzaman,manusia memang tak tahu puas.

...dont you feel the same ?

lipat lipat kenangan :)





 

inilah saatnya,yang hijau kecil berputik keluar.Harapan-harapan tumbuh segar di celah kekabutan daun yang menghimpit tapi bersifat melindung.


 
kemudian beransur matang disimbah langit terang panas menghangat. 
merah hati mula mewarnai semua deria.anak yang kecil dan mentah kini sudah remaja.



 

merah tua.isinya manis,strukturnya lembut.
bila usianya telah cukup.





dan,gugurlah dia dengan sendirinya,memberi laluan kepada yang baru untuk mengisi dunia pula.
selamat pulang. *membazir betul,rasa nak kutip makan je



yang rimbun penuh tu,itulah pokoknya.bila musim sejuk,semua daun-daun jadi kuning.

Di sini,di jalan yang biasa aku lalui,selamat tinggal sheikh khalil.

Semalam katanya kita takut untuk upsr.tapi,kita ambil juga.
Semalam katanya kita takut untuk spm.tapi,kita ambil juga.
Kita takut untuk hadapi final,kita ambil juga.
Kita takut untuk masuk klinikal,kita akan masuk klinikal juga.
Takut untuk kahwin,kita akan kahwin juga.
Takut nak beranak,kita akan beranak juga.


Semalam, banyak ketakutan ketakutan yang kita cipta sendiri,dan akhirnya kita terlupa akan rasa itu setelah berjaya kita lalui.Begitu,kita membesarkan diri sendiri.

Sehinggalah jauh kita berperang,takut itu sudah sebati.takut itu tidak lagi mengawal kita,tapi kita yang mengawal mereka.Mudahan langkah menyediakan payung sebelum hujan dapat menyelamatkan,bila langit cerah rupanya membawa awan mendung.

Dari semalam,asyik belek gambar. ^^

tahun 1


tahun 2

tahun 3


already.
2012.
cepatnya.
tapi nampaknya tiada perubahan tumbesaran dicatatkan. -.-

hidup kerana masa depan,atau hidup kerana kenangan semalam,atau dua-dua ?
sangat banyak kenangan dengan mereka,bila penat,hilang penat lepas tengok gambar.betapa semalam yang kita lalu bersama,rasanya seperti buah tembikai susu di musim panas.lemak manis,ubat dahaga paling nikmat.dihirup sekali,lupa semuanya.

mari terus melangkah,kali ini,sekali lagi dengan jiwa besar.



cuti : mari banyakkan membaca dan mengulang


kalau kailnya sudah cukup panjang


ini tarikh paling manis dalam hidup -.-


21/5 general surgery
22/5 oral radiology
23/5 biostatistics




maka,kalau kail belum panjang,lautan dalam jangan diduga.duduk diam-diam,bawa bawa berusaha.ada dua makna,satu untuk mereka dan saya,satu lagi untuk dia.entah dia faham tak.faham agaknya.


mohon jugalah satu dua das tembakan doa buat diri dan teman-teman seperjuangan. ngeri rasanya mengenangkan.


enshaAllah,baik baik sahaja. 
ilmu dan seluruhnya milik Allah.jangan lupa bismillah, kemudian taawuz berlindung dari syaitan *buka lecture note je datang khayalan-falsafah-mengarut.patut boleh habis 2 jam,jadi 3 jam.padah tak reti duduk diam otak.


akhlaknya juga biar bagus dengan ilmu.sentiasa rendah hati semasa menadah ilmu.


okeh.


back to niat!


:) 



minit 20.

Asou : just randomly die and randomly born,then it'll be balanced naturally,there is no need to live longer if it is impossible.

Aya : is that so ?  i dont think it can be that easy

Asou : it is just humans' ego

Aya : when someone precious to you gets sick or dies,will you be fine with it?



to be heartless is sometimes a bliss,but i just cant.



telan air mata


Itulah namanya kehidupan.Berita yang singgah sekali sekala di cuping telinga,satu hari nanti kita juga akan merasa,dan kita juga akan lalui.Dah sampai masanya kaum muda menjadi tua,dan kanak-kanak menjadi dewasa.Masa tak pernah beralah,kita yang mesti siap sedia.Dah sampai masanya para ibu menjadi nenek,dan gadis menjadi ibu.

Masa berjalan.Siapa lambat,ketinggalan.

Dah sampai masanya,saya mesti sedar dan mengakui umur sudah 20,fasa perubahan yang penting.

Bila satu persatu pergi,ah bukan pergi tapi pulang.

Di musim sibuk menelaah untuk final,Allah datangkan peringatan supaya slow down sikit dengan dunia.Semacam Allah nak kata, ' kau nak pergi mana berlumba sangat ni,akhirat juga pulangnya.Kau tak bawa harta atau sijil,tapi bawa amalan baik,sederhanalah ! '

Amalan baik jadi teman dekat sana.
Beruntunglah manusia yang mencintai berbuat kebaikan.
Semoga lapang tempat berehat arwah atuk Salleh,atuk Shaari,nek Ro,Pak Long dan Pak Ngah. Anugerahilah mereka syurga ya Allah.

Entah kenapa Allah aturkan begini,sering tak dapat menyaksikan urusan jenazah saudara terdekat sendiri.Rasa erm,terkilan.Ya Allah,jadikan kami tergolong dalam mereka yang mencintai berbuat kebaikan,dan merindui untuk pulang ke sisimu lagi.cintai kami,redai hidup mati kami..


Al fatihah.

#telan telan,paksa telan.

Kehidupan,menghadiahkan kita semua jenis perasaan.Kadang,lebih dari apa yang kita duga.Semoga selamat bersusah-susah di sini,bersenang kemudian.








melodi

andai betul,andai betul lah,nanti akan aku ceritakan semuanya.masa itu,pasti jantung kau juga meletup-letup mendengar kisah sebenar.

andai tak betul?

kertas ini bakal aku letakkan dalam botol dan alirkannya ke sungai belakang rumah,mungkin di hujung muara sana akan ada yang sudi mengambil dan membacanya

sebagai kenangan,
juga peringatan tentang masa depan;bukan kita yang pegang.